Akhirnya Yusuf Azmi Dedahkan Punca Sebenar Mengapa Iqram Dinzly Berperangai Begitu…MENGEJUTKAN!

 

 

Senapa Iqram Dinzly jadi begitu, Ini respon Yusuf Azmi | SAHABAT Iqram Dinzly, Yusuf Azmi mengakui tidak tahu punca yang membawa kepada perubahan perlakuan temannya. Yusuf ketika dihubungi Sinar Online berkata, dia dapat melihat perubahan berlaku ke atas Iqram sejak kematian bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said .

Video Esklusif : Yusuf Azmi dan Iqram Dinzly Naik Motor Bertiga ada di pautan akhir artikel

“Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.

“Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu,” katanya.

Kenapa Iqram Dinzly jadi begitu, Ini respon Yusuf Azmi
Iqram berjaya mencuri perhatian netizen dan peminat apabila dilihat sering tampil beraksi pelik menerusi siaran langsung Instagramnya.

Pelakon Janji Diana ini juga mengejutkan dunia hiburan apabila dilihat tampil dengan tarian berahi dan aksi lucah menerusi Insta ‘live’nya, baru-baru ini.

Yusuf dalam masa sama turut mengaku tidak sanggup menonton keseluruhan video ‘live’ Iqram.

“Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat.

“Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial,” katanya lagi.

Iqram juga dilihat semakin kurus selain fesyen berserbannya yang mencetuskan tanda tanya.

Bapa Iqram Dinzly meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Kini Iqram tinggal bersama ibunya di Ipoh Perak.

Yusuf dalam masa sama turut menasihatkan Iqram untuk memohon maaf sekiranya perilakunya menyinggung mana-mana pihak.

“Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).

“Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh,” katanya lagi. – Sinar Harian

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saya-tak-tahu-kenapa-iqram-dinzly-jadi-begitu-1.774326

Satu Malaysia Kena KENCING dengan Iqram Dinzly!!!

Artikel Seterusnya….

SALAM TERAKHIR’ IQRAM DINZLY AKUI DAH TAK KUAT LAGI

Oleh kerana sering mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen kerana beberapa video bersikap pelik ketika melakukan live di Instagram, baru-baru ini Iqram Dinzly memberitahu dirinya sudah tidak kuat lagi untuk meneruskan semua ini.

Melalui Instagram Live malam tadi, Iqram memberitahu dirinya sudah ‘tidak larat’ untuk hadapi semua ini lagi.
Malah, Iqram memberitahu dia tidak mahu disebabkan dirinya keluarga serta pengikutnya bergaduh dan berpecah belah hanya kerana video-videonya.

Malam tadi, sambil memandu Iqram telah membuatkan ramai netizen bersedih dan simpati dengan situasinya.

Rata-rata pengikutnya meminta Iqram untuk terus kuat dan bersabar. Malah ada juga minta Iqram untuk tidak berputus asa melawan segala perasaan yang dirasainya

Terbaru, Iqram ada memuat naik satu gambar di Insta Storiesnya dan mengakui segala tomohan yang diterimanya itu benar.

Malah Iqram turut memberitahu dirinya jadi begini kerana netizen. Iqram turut mempersoalkan apakah salahnya sehingga jadi begini.

Di akhir posting tersebut, Iqram ada memetik lirik lagu Inilah Barisan Kita dengan meminta orang ramai untuk taburkan bunga di atas pusaranya. Dalam masa yang sama Iqram turut menggunakan hashtag #salamterakhir

SUMBER : http://ceritakembor.com/kenapa-iqram-dinzly-jadi-begitu-ini-respon-yusuf-azmi/

Yusuf Azmi dan Iqram Dinzly Naik Motor Bertiga

via: http://gedebakviral.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *