SERAM! ‘Tengok video takde orang, tapi dalam gambar ada ‘benda’ rambut panjang mengurai’ – Penampakan di Funfair Port Dickson

 

 

Viral di Twitter, video dan gambar berlaku penampakan makhluk halus di sebuah funfair di Port Dickson baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Tweet yang dimuat naik Iqin Nordin 15 jam yang lalu telah dikicau semula 7,834 kali dan disukai 4,540 kali oleh warga Twitter.

“Kejadian ini jadi dekat funfair Port Dickson. Tengok eh betul-betul dalam video ini depan budak perempuan baju pink yang melambai itu, kosong kan? Dia seorang saja dalam train itu.

“Ini bila diorang snap gambar. Dalam train itu dah jadi dua orang. Ada ‘extra’ pula tiba-tiba.

Kejadian ni jadi dekat funfair Putrajaya. Tengok eh betul betul dlm vid ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam train tu pic.twitter.com/uUEA5ChfAz
— Little Mermaid (@iqinnordin) December 25, 2017

 

 

“Bagi yang tertanya-tanya, dalam video dia tengah main stereng. Gambar itu snap after train itu pusing balik. Ride bila tengah jalan, diorang takkan berhentikan selagi tak habis pusing. Beberapa kali pusing tak sure.

“For double confirmation, tengok budak belakang baju merah itu budak yang sama,” tulisnya yang juga menyatakan bukan dia yang merakam video dan gambar berkenaan, sebaliknya diperolehi dari saudaranya.

“Diorang kata, masa ambil gambar itu memang tak ada apa-apa. Tapi bila check balik, ada pula,” tambahnya lagi.

‘Ini gambar adik sedara tengah selfie malam tadi, seram sia…’

“Cuba korang kuatkan brightness handphone korang. Aku cuma nak kepastian saja, betul ke aku nampak benda mata itu, ke aku silap pandang?” demikian tweet Saffiqa pada 1 Disember lalu yang menunjukkan gambar selfie anak saudaranya.

“Seram sejuk sia aku macam ni. Ini gambar adik saudara tengah selfie malam tadi,” tulisnya.

Berdasarkan gambar, kelihatan sepasang mata di belakang kanak-kanak berkenaan. Ada yang mendakwa mata itu milik mata kucing yang mungkin dibela oleh keluarga kanak-kanak terbabit. Namun, Saffiqa menafikan dakwaan itu.

 

 

 

“Sumpah tak ada kucing. Kalau kucing, tak ada suruh korang tengok gambar untuk kepastian dan untuk makluman, rumah ini tak ada bela kucing.

“Kalau kucing pun kucinglah, asalkan jangan benda ghaib. Fikir positif walaupun di rumah tak ada kucing,” tulisnya lagi.

Difahamkan, rumah nenek Saffiqa itu terletak berhampiran dengan flat kosong yang sudah lama terbengkalai.

Sementara itu, netizen juga yakin bahawa itu bukanlah mata kucing atas beberapa sebab tertentu.

“Aku yakin itu bukan kucing sebab bentuk dia lain, plus kucing punya mata bercahaya kalau kena cahaya.” – Amin

“I think not kucing, sebab kalau tempat gelap, mata kucing kena cahaya mesti ada pantulan cahaya. I mean lain dari yang lain. Takkan lupa sains kot?” – Ahmad Ashraf Fitri

‘Ini antara patung yang dimiliki pesakit yang terkena gangguan sihir/saka’
 

“Ini adalah antara patung-patung yang dimilik pesakit yang terkena gangguan sihir atau saka,” demikian tulis pengamal perubatan Islam yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Jin.

Menurut pengalaman Ustaz Jin, penghuni rumah yang menyimpan patung-patung di rumah tidak kira sama ada besar atau kecil, mudah terkena gangguan.

“Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada patung besar dan kecil, kecuali malaikat maut. Apabila malaikat tidak masuk, jin dan syaitan akan senang masuk dan mudah terkena gangguan ini, mengikut pengalaman saya sebagai perawat.

“Keluarkanlah patung-patung besar atau kecil untuk mengelakkan daripada senang terkena gangguan jin dan syaitan. Perempuan yang akil baligh yang main patung hukumnya adalah haram. Wallahuallam,” tulisnya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang salah faham dengan kenyataan Ustaz Jin yang didakwa menjatuhkan hukum haram bermain patung dengan sewenang-wenangnya. Tidak melatah dengan dakwaan itu, Ustaz Jin menjelaskan hukum bagi perempuan yang akil baligh adalah haram, namun tidak bagi kanak-kanak yang belum akil baligh.

“Kenapa perlu berbalah? Post saya tidak mengatakan haram kepada budak-budak, tetapi haram kepada perempuan akil baligh. Kalau tak bagi anak-anak main patung pun tak jadi masalah. Ambil mudarat yang kecil, tinggalkan mudarat yang besar,” tulisnya yang turut menyertakan video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus berhubung isu berkenaan bagi menyokong kenyatannya itu.

“Saya cuma memberi ilmu dan kebaikan kepada orang supaya orang Islam tahu. Terpulang kepada masing-masing. Yang baik datang dari Allah, yang tidak baik datang dari kejahilan kita sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, viral di media sosial seorang wanita mendakwa patung anak perempuannya bergerak sendiri dalam kejadian awal pagi di rumah mereka baru-baru ini.

Pada awalnya, patung berkenaan berada dalam keadaan ‘tidur’, namun wanita itu tidak mengendahkan kerana sudah menjadi kebiasaan anak perempuannya meletakkan patung itu berada dalam posisi ‘tidur. Bagaimanapun sekitar jam 4 pagi, dia mendapati patung itu berada dalam keadaan berdiri.

sumber: thereporter.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *