[VIDEO] KECOH! BEKAS MODEL TERLIBAT DALAM SINDIKET PELACURAN KELAS ATASAN. SELEPAS DITAHAN BELIAU AKHIRNYA MULAI….

 

 

Dibayangi imej sebagai penjual diri, bekas model majalah dewasa Anggita Sari kini dilaporkan mahu menceburi bidang lain.

Model kelahiran Jakarta pada 26 Desember 1992 ini memulakan kerjaya sebagai model selepas terpilih 10 peserta finalis pertandingan anjuran majalah FHM pada 2011. Dia kemudian dikenali sebagai model majalah dewasa, Popular

Anggita berharap dia dapat bekerja di pejabat saja.

Peguamnya, Pieter Ell berkata pengauan dibuat Anggita itu dilakukan secara sedar dan insaf serta dengan keinginan sendiri.

“Malah ketika ini keadaan anak guam saya dalam keadaan baik dan tidak murung,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anggita terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan. Dua individu yang disebut menjadi orang tengah membantu Anggita memperdagangkan tubuhnya dikenali sebagai Alfania Tiarsilsila dan Alen Saputra.

Gigih cari peluang

Menurut Pieter Anggita kini tidak lagi melacurkan dirinya sebaliknya berharap dengan kelulusan ekonomi yang diperolehnya di universiti, bekas model jelita itu dapat meyakinkan mana-mana pihak untuk mengambilnya bekerja.

“Dia sedang gigih menghantar surat ke syarikat untuk mencari peluang pekerjaan. Anggita ingin bekerja di pejabat saja,” katanya.

Aktiviti pelacuran kelas atasan itu terbongkar apabila Anggita ditangkap polis Surabaya di sebuah hotel di Jalan Embong Malang pada awal September lalu.

Ketika ditangkap, Anggita Sari dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah dan baru lepas melayan dua pelanggan lelaki.

Kes berkenaan masih belum diselesaikan kerana pihak polis dalam proses mendakwanya di mahkamah.

Namun setakat ini Anggita boleh menarik nafas lega kerana dia tidak dijadikan tertuduh bersama Alfania dan Alen, sebaliknya diperlukan pihak pendakwa sebagai saksi.

 

sumber: malaysiakini

VIDEO TERBARU – Artis Anggita Sari Terkait Artis Pelacur Berinisial AS

Namun Begitu, bukan dia sahaja selebriti indonesia yang terlibat dengan aktiviti persundalan.

Penyanyi dangdut ditahan jadi pelacur kelas atasan

Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Hesty Aryatura atau dikenali sebagai Hesty ‘Klepek-klepek’ ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan.

Hesty, 21, ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa ayam di sebuah hotel empat bintang di Lampung pada awal pagi semalam.

Jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, Hesty dan lelaki itu dipercayai sedang menunggu pelanggan yang mahu melanggan perkhidmatan penyanyi itu.

“Hesty dijanjikan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM 31,261) oleh bapa ayam itu untuk melayan pelanggan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Hesty yang popular dengan lagu Cintaku Klepek-klepek ditahan untuk soal siasat sebelum dibebaskan.

“Buat masa ini polis menganggap Hesty hanya mangsa bapa ayam berkenaan dan dia bakal dibebaskan selepas keterangannya diambil.

“Lelaki yang dipercayai bapa ayam itu bakal didakwa atas tuduhan memperdagangkan manusia untuk aktiviti pelacuran,” jelasnya.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sekiranya ada penyanyi atau artis popular lain yang terjebak dengan aktiviti pelacuran berkenaan. – Agensi

sumber: hmetro

Edited by: SAM SON MEDIA DOT CO

Ust Azhar Idrus- Kisah Wanita Pelacur Masuk Syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *