[VIDEO] Terlalu Gementar, Khai Bahar Nyanyi Mic Terbalik Di MeleTOP! Tapi Aksi Lucu Nabil ‘Cover’ Buat Netizen Terhibur Sebab…

 

 

KUALA LUMPUR: Tahun 2017 yang akan melabuhkan tirai beberapa jam lagi nyata menjadi detik cukup cemerlang buat penyanyi baharu, Khai Bahar, apabila pelbagai anugerah diraih olehnya.

Terbaharu, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi aplikasi Smule itu membawa pulang lima lagi trofi, kali ini daripada program Top Hot 2017 anjuran stesen radio Hot FM.

Single baharunya, Luluh, diumumkan sebagai Lagu Hot 2017 yang membolehkannya menjulang tiga trofi, masing-masing untuk penyanyi, pencipta dan penulis lirik. Lagu berkenaan dicipta sepenuhnya oleh bakat berusia 23 tahun ini.

Undian dibuka kepada peminat bermula 13 November sehingga 15 Disember lalu dan keputusan diumumkan awal pagi semalam menerusi stesen di bawah Media Prima Berhad berkenaan.

Khai turut menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017, yang menggandingkannya dengan seorang lagi penyanyi baharu, Wany Hasrita.

Secara keseluruhan, Khai kini memiliki 10 trofi dalam tempoh setahun lima bulan menceburi dunia seni.

Dalam entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Khai menceritakan secara terperinci latar belakang keluarga termasuk pekerjaaan bapanya sebagai pemandu teksi dan ibunya yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

“Nama saya Muhammad Khairul Bin Baharuddin, saya berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis. Bapa saya bekerja sebagai pemandu teksi, ibu saya suri rumah, saya ada 6 (enam) beradik dan saya anak ke-4 (keempat).

“Kepada sesiapa yang menuduh saya seolah-olah malu mahu mengaku anak Perlis, saya dah maafkan anda dan maafkan saya jika kehadiran saya menyusahkan hidup anda. Kalau tak suka, mohon jangan ambil tahu pasal saya,” tegas pemuda itu memetik kapsyen yang dimuat naiknya.

Khai juga menambah, dia amat bersyukur kerana Allah telah memberikannya rezeki dan mendapat kekuatan daripada restu ibu bapa serta sokongan para peminatnya.

Pada episod terbaru Meletop malam tadi, beberapa orang bakat baru telah menjadi artis jemputan iaitu Khai Bahar, Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Asad Motawh. Seperti biasa, apabila artis jemputan bergabung dengan hos yang gila-gila seperti Neelofa dan Nabil rancangan memang akan havoc habis! Ada je idea Nabil nak menyakat dorang semua ini kan.

Namun, apa yang menjadi perhatian dan perbualan netizen adalah aksi lucu Khai Bahar yang tak perasan mic terbalik. Punyalah syok ambil feel sampai tak perasan! Hahaha. Nasiblah suara maintain power! Habislah Khai kena bahan setahun dengan Nabil hahaha

Malu oi, mic terbalik!

Netizen Terhibur

 

 

Di instagram story, Khai Bahar juga ada meminta maaf kerana telah mencetuskan ‘insiden’ melucukan tersebut. Menurutnya, Khai terlalu gementar berdepan dengan peminat yang ramai di hadapannya. Dahla tengah live, ramai orang pulak tuuu adui memang malu betul. Hahaha. Merah padam muka Khai nasib baiklah Nabil dengan selambanya peluk dan menutup muka Khai.

Fuh memang lain macamlah aura Khai Bahar ni kan, mic terbalik pun orang boleh suka. Diharapkan janganlah pula Khai ulang lagi kejadian ni okay!

sumber : mStar Online, youtube MeleTOP via kisah dunia / Soyalemon

Rancangan MELETOP sebelum ini juga KECOH! Zizan Beri Hadiah Untuk Syeriv Tapi Tindakan Shaheizy Sam Ini Netizen Anggap Biadap?

Semalam, bersiaran langsung rancangan Meletop pada pukul 9 malam dan turut diundang Fasha Sandha, Siti Elizad, Zarul Umbrella, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Zizan dan juga pasangan suami isteri, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Kehadiran Zizan dan Shaheizy Sam adalah untuk mempromosikan filem mereka yang dilakonkan bersama, Baby Bro.

Setelah habis diwawancara oleh hos Meletop Nabil dan Hanis Zalikha yang menggantikan Neelofa pada malam itu, isteri Shaheizy Sam turut menyertai iaitu Syatilla Melvin.

Syatilla membawa anaknya yang hensem dan comel juga , Syeriv Samheizy. Apabila sampai di penghujung rancangan dikatakan Zizan telah menyediakan hadiah buat Syeriv dan ianya berupa kasut.

Tetapi, reaksi dan tindakan Shaheizy Sam ini telah membuat netizen melabel aktor berbakat itu agak kurang adab.

Mungkin sahaja Sam ingin bergurau, tetapi netizen yang melihat turut simpati pada Zizan selepas Shaheizy Sam mencampak kasut yang diberikan.

Setelah habis diwawancara oleh hos Meletop Nabil dan Hanis Zalikha yang menggantikan Neelofa pada malam itu, isteri Shaheizy Sam turut menyertai iaitu Syatilla Melvin.

Syatilla membawa anaknya yang hensem dan comel juga , Syeriv Samheizy. Apabila sampai di penghujung rancangan dikatakan Zizan telah menyediakan hadiah buat Syeriv dan ianya berupa kasut.

Tetapi, reaksi dan tindakan Shaheizy Sam ini telah membuat netizen melabel aktor berbakat itu agak kurang adab.

Mungkin sahaja Sam ingin bergurau, tetapi netizen yang melihat turut simpati pada Zizan selepas Shaheizy Sam mencampak kasut yang diberikan.

Zizan yang turut berseloroh dengan berkata hanya mahu memberi kotak bukannya kasut, mungkin Sam membalas balik dengan niat berlawak dan mencampak kasut itu.

Lihat video di bawah pada minit 5:10

Respon netizen..

Dah bagi hadiah dicampak pulak..kesian Zizan

Why Sam why? Omg kesian Zizan..

Low class lah gurau campak2 hadiah yang orang bagi..

Sam ni makin over pulak.. kesian Zizan berubah muka dia

Appreciate apa yang diberi bro..

Tak payah kot cakap “dah ada” depan live..

 

Sumber: Meletop (Youtube) via kisahdunia.com

MeleTOP ialah sebuah rancangan berformat hiburan yang menyiarkan carta lagu, filem serta gosip terkini di dalam dan di luar Malaysia. Rancangan ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *